NuffNang Top

Change Ur Better To Greater Life Headline Animator

Isnin, 18 April 2011

Jerawat hilang, wajah berseri

Harian Metro 16 April

HABUK dan pencemaran selain tekanan punca jerawat. Kemunculan jerawat di wajah boleh menghilangkan keyakinan diri apabila berhadapan orang ramai.

Tidak hairan banyak produk di pasaran yang diformulasi untuk merawat jerawat. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kebanyakan mengandungi kandungan sulfur tinggi kononnya untuk membolehkan jerawat kering.



Walaupun terbukti berkesan, kesan sampingan menjadikan kulit wajah kering dan mengelupas. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, formulasi ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, terlalu kering dan amat menyakitkan.



Justeru, apakah alternatif memulihkan jerawat dan mengekalkan struktur kulit di tahap yang sihat?



Jawapannya ada pada Pure Oil Series 01 - 100% minyak argan organik yang diimport dari Maghribi atau digelar, ‘Liquid Gold of Morocco’.



Minyak argan mengandungi polyphenols dan squalene sebagai antibakteria menghapuskan bakteria pada jerawat selain mengurangkan keradangan kulit supaya jerawat mengecut dan mengurangkan kemerahan.



Vitamin E minyak argan yang tiga kali ganda lebih daripada minyak zaitun ini akan memulihkan parut jerawat.



Penggunaan mudah dua kali sehari menjadikan kulit wajah bebas daripada sebarang parut selain kekal lembap tanpa kesan berminyak.



Seorang pengguna, Norjehan Johari, 22, berkata dia mempunyai jerawat yang teruk sehingga muka menjadi kehitaman.



“Saya berjumpa pakar tetapi tiada penyelesaian tetapi selepas menggunakan Pure Oil Series 01 selama dua minggu, jerawat tiada lagi,” katanya.



Bagi Muhd Azim, 24, jerawat dan parut di mukanya berkurangan dalam tempoh 10 hari selepas menggunakan Pure Oil Series 01.



Minyak ini tidak terhad untuk wanita tetapi boleh digunakan sesiapa sahaja.



Minyak argan berkesan memulihkan rambut yang rosak dan bercabang, kulit kepala yang kering dan tidak sihat, serta kuku yang mudah rapuh dan melembutkan kutikel keras.



Lebih istimewa, Pure Oil Series 01 dihasilkan daripada bahan semula jadi, tiada bahan pengawet kimia atau pewangi tiruan dan ia halal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan